AS Buka Kedutaan Besar di Jerusalem, 55 Maut - Market Demon

Tuesday, May 15, 2018

AS Buka Kedutaan Besar di Jerusalem, 55 Maut


JESUSALEM: Tentera Israel membunuh 55 orang Palestin di sempadan Gaza hari yang penuh dengan konflik hari ini. Pertembungan yang berlaku di antara tentera Israel dan penduduk Palastin semasa proses pembukaan kedutaan besar AS di Jerusalem.

Pertempuran ini menyebabkan lebih dari 2,400 warga Palestin telah cedera. Sebelum delegasi AS dan pegawai Israel merasmikan kedutaan di Jerusalem hari itu. Berlaku pertempuran yang melibatkan  lapan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun telah terbunuh, menurut utusan Palestin ke PBB hari ini. Kementerian Kesihatan Gaza memberikan angka kematian dan kecederaan semakin meningkat.

Ribuan penduduk Palastin telah berkumpul di sempadan sebagai tanda protes sementara bilangan Palestin yang membaling batu ke pagar kedutaan akan ditembak oleh tentera Israel. Perasmian kedutaan itu tetap berjalan seperti biasa walaupun mendapat tentangan yang hebat dari penduduk Palastin, dihadiri juga delegasi Washington, anak perempuan Presiden AS Donald Trump,Ivanka dan suaminya, Jared Kushner serta pembantu White House. Ivanka Trump membantu merasmikan kedutaan baru.

Trump berkata menerusi video

Our greatest hope is for peace, The United States remains fully committed to facilitating a lasting peace agreement.
Menteri pertahanan Israel berkat sebanyak 40,000 rakyat Palestin telah mengambil bahagian dalam protes ini. Minggu ini berlaku banyak protes dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza, dengan 109 Palestin dibunuh oleh Tentera Israel di sana sejak 30 Mac yang lalu.