China akan mula melepaskan standard blockchain pertama yang akan digunakan pada Negara itu menjelang tahun 2019 kata pegawai kerajaan. Xinxua's Economic Information Daily (EID), Li Ming, yang merupakan pengarah Pejabat Penyelidikan Blockchain di institut piawaian di bawah naungan Kementerian IT China, telah memulakan projek ini.
Kumpulan ini, dijadikan salah satu agensi kerajaan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Standardisasi Teknologi Perakaunan Blockchain. Pihak berkuasa China dapat melihat potensi blockchain ini dan segera mengambil jalan untuk meneliti teknologi ini untuk diguna pakai oleh China. Pada April lalu, pengarah Institut Mata Wang Digital di Bank Rakyat China (PBoC) Yao Qian berkata bahawa teknologi itu memerlukan "perhatian dan penyelidikan yang lebih lanjut" kerana sifat wang digital sendiri yang masih volatile.
Untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa, kajian terhdap blockchain ini perlu dibuat jika hendak terus menjadi peneraju ekonomi dunia, menurut Yu Kequn, pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Teknologi Maklumat.
Pembangunan teknologi blockchain merupakan langkah penting bagi China untuk bersaing dalam teknologi global.