Sekatan Eropah Ke Atas Cryptocurrency Card - Market Demon

Monday, January 8, 2018

Sekatan Eropah Ke Atas Cryptocurrency Card



Campur tangan oleh Visa mengakhiri kad kredit crypto Eropah pada Khamis lalu. Banyak syarikat cryptocurrency seperti Bitwala, Bitpay dan Xapo terjejas dengan penutupan itu, di mana perkhidmatan mereka serta merta dihentikan diseluruh Eropah.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana kad prabayar yang menjadi semakin popular dalam komuniti crypto menyediakan cara yang tidak langsung membayar untuk barangan dan perkhidmatan menggunakan cryptocurrency.

Merapatkan jurang antara wang fiat dan crypto adalah salah satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi cryptocurrency. Pada mulanya, kad hybrid yang membolehkan kad debit dibiayai dengan cryptocurrency dan kemudian digunakan untuk pembelian dalam matawang fiat tempatan dilihat sebagai satu penyelesaian pintar. Semuanya terganggu apabila ratusan ribu pemilik crypto Eropah mendapati kad mereka telah menjadi tidak berguna lagi.

Tenx, syarikat crypto yang berpangkalan di Singapura adalah salah satu syarikat yang terjejas akibat larangan itu. Pengasas bersama, Dr. Julian Hosp memberitahu bahawa sekitar 200,000 orang pelanggan telah terjejas tetapi beliau telah memberi isyarat untuk mencari jalan alternatif.

Menurut Dr. Hosp, Tenx telah bersedia untuk ini, kerana Tenx baru-baru ini telah mengadakan kerjasama dengan issuing partner yang baru dan dalam proses untuk mendapatkan kad baru menggantikan yang lama secepat mungkin. Pelanggan Tenx boleh mengeluarkan dana mereka dari akaun pada petang Isnin (8 Januari) sementara menunggu perkembangan itu.

Dr. Hosp seolah-olah yakin pihak Tenx dapat memperkenalkan live virtual currencies card dan mendapatkan lesen perbankan untuk integrasi matawang fiat yang lebih baik.

Sementara itu, Wirex yang juga merupakan syarikat kad cryptocurrency mendapati mereka tiada rakan kongsi pemprosesan pembayaran selepas Visa menutup pintu kerjasama. Wirex adalah pelanggan terbesar Wavecrest (anak syarikat Visa), dengan lebih dari satu juta pelanggan.

CEO Wirex, Pavel Matveev menegaskan bahawa Visa tidak bersalah dalam hal ini, kesalahan itu hanya terletak pada Wavecrest. Wavecrest telah melanggar peraturan Visa selama berbulan-bulan.

Seperti Tenx, Wirex yakin mereka dapat menyelesaikan isu itu. Pavel Matveev mengatakan mereka mempunyai 4 alternatif issuers untuk dipilih, salah satunya berpangkalan di Eropah.

Sesetengah pihak dalam komuniti cryptocurrency menuding jari kepada Visa selepas larangan itu. Memandangkan Visa memproses lebih daripada 100 bilion urusniaga setahun berbanding Bitcoin kira-kira 130 juta, terlalu awal untuk membuat tuduhan bahawa Visa berasa terancam dengan cryptocurrency.