Dengan harga cryptocurrency yang melonjak naik, permintaan turut meningkat di mana Bursa Pertukaran Cryptocurrency (Exchange) dibanjiri dengan pengguna baru. Kemasukan pengguna baru dalam jumlah yang besar ini telah membawa kepada penutupan sementara pendaftaran akaun di beberapa exchange, antaranya Binance, Bitfinex dan Bittrex.
Sepanjang 6 bulan yang lalu, pertukaran matawang digital telah mencatatkan rekod pendaftaran pengguna baru yang begitu tinggi. Binance dilaporkan dibanjiri lebih 250,000 orang pengguna baru setiap hari manakala Coinbase dan Kraken masing-masing sekitar 100,000 dan 50,000 pengguna baru setiap hari.
Bittrex menjadi platform exchange pertama yang menghentikan pendaftaran pengguna baru, diikuti dengan Bitfinex dan Binance.
Bitfinex memberi tumpuan kepada professional traders. Alasan mengapa Bitfinex memutuskan untuk berhenti menerima pendaftaran baru adalah kerana mereka tidak mahu menjejaskan kualiti perkhidmatan mereka untuk trader sedia apabila sistem dibanjiri dengan akaun-akaun kecil yang baru dibuka.
Bittrex dan Binance tidak memberitahu bila pendaftaran akaun baru dibuka semula, sementara Bitfinex dikatakan akan membenarkan pendaftaran bermula pada 15 January 2018.