Kebanyakan projek Initial Coin Offering (ICO) adalah sebahagian dari Ethereum network. Dari masa ke masa, kami telah melihat beberapa platform muncul dengan menawarkan fungsi yang sama dengan Ethereum. Terbaru, dua ICOs akan diumumkan oleh Stratis. Satu perkembangan yang menarik untuk diperkatakan.
Pihak Stratis memberi tumpuan pada penambahan privacy ke atas Bitcoin dan Blockchain mereka. Menurut CEO Stratis, dua projek ICOs akan diumumkan sebelum akhir Januari 2018.
Kebergantungan pada Ethereum network mungkin bukan sesuatu yang bagus. Rangkaian ini telah mengalami tunggakan transaksi beberapa kali pada tahun lepas. Malah pada tahun 2018, Ethereum network tidak beroperasi secara optimum. Platform lain seperti Waves dan Neo juga cuba untuk melaksanakan projek ICO mereka. Sangat menarik untuk dilihat persaingan antara mereka.
Dengan dua projek ICOs yang bakal diumumkan Stratis, ia menjadikan 2018 satu permulaan yang menarik buat pemilik Strat. Menurut desas-desus, salah satu syarikat yang terlibat dalam projek Stratis ini merupakan entiti perniagaan besar di China. Jika berita ini benar, ia akan memantapkan lagi kedudukan Stratis dalam dunia cryptocurrency.
Ketika posting ini ditulis, nilai Strat bersamaan 17.51 usd. Nilai ini berpotensi untuk terus meningkat sebaik saja platform ICO dan projek-projek yang berkaitan dilaksanakan.
Selain itu, roadmap baru Stratis untuk tahun 2018 akan dikeluarkan tidak lama lagi.