Kerajaan Vietnam telah mengambil langkah untuk mempercepatkan pelaksanaan peraturan cryptocurrency yang akan mempengaruhi Bitcoin, pihak berkuasa eksekutif di Hanoi telah menegaskan bahawa framework itu harus siap pada akhir Januari 2018. Pindaan kepada kod cukai dijangka dapat membantu meneruskan hasil dari harta maya dan wang digital.
Timbalan Perdana Menteri, Vuong Dinh Hue telah meminta Kementerian Perundangan dan Bank Negara untuk segera menyelesaikan framework undang-undang dan melaporkan kepada pihak kerajaan. Menurut media Vietnam, dokumen-dokumen itu harus dikemukakan kepada kabinet menteri menjelang akhir bulan ini.
Bank pusat Vietnam akan mengambil tanggungjawab utama untuk mencadangkan pindaan kepada undang-undang percukaian. Masih tidak jelas sama ada undang-undang baru itu akan menentukan Bitcoin dan altcoin sebagai aset pelaburan, kaedah pembayaran, atau keduanya sekali. Kadar cukai yang tepat dan ruang lingkup mereka terhadap pendapatan dan keuntungan dari trading dan mining masih perlu ditakrifkan.
Vietnam cuba mengejar China dan Korea Selatan. Tetapi pihak berkuasa Vietnam kini mempunyai peluang untuk membuat lebih baik. Mereka boleh mengambil kira beberapa kesilapan yang dibuat oleh jiran Asia mereka.
Di Vietnam dan negara lain di Asia, cryptocurrency menarik perhatian ramai pada tahun lalu meskipun terdapat amaran oleh beberapa orang pakar dan pegawai mengenai risikonya.
Dalam sidang Dewan Undangan Kebangsaan pada bulan November, Gabenor Bank Negara Vietnam Le Minh Hung mengatakan bahawa berdasarkan peraturan semasa di Vietnam, Bitcoin tidak sah. Menurut bank pusat, penggunaan Bitcoin dan cryptocurrency yang lain untuk tujuan pembayaran adalah dilarang. Walau bagaimanapun Hung menambah bahawa dari perseptif aset pelaburan, bank pusat Vietnam akan bekerjasama dengan Kementerian Perundangan untuk mengkaji framework undang-undang untuk menguruskan Bitcoin.
Dalam artikel yang diterbitkan The Vietnam News, sifat cryptocurrency mesti dijelaskan dan negara itu mesti belajar dari pengalaman antarabangsa untuk meminimumkan risiko sambil memastikan kelonggaran dan mempromosikan inovasi.