Perkembangan Cryptocurrency Di China - Market Demon

Monday, January 8, 2018

Perkembangan Cryptocurrency Di China



Pihak berkuasa Wilayan Xinjiang telah mengeluarkan dokumen rasmi yang memaklumkan kepada miners Bitcoin tempatan untuk menyerahkan laporan status mengikut jadual tertentu.

Syarikat perlombongan Bitcoin diarahkan untuk mengemaskini laporan status sebelum 5 haribulan setiap bulan.

Ramai miners terbesar dunia berpangkalan di Sichuan dan Yunnan kerana kos eletrik yang murah di wilayah itu. Tetapi pihak berkuasa China telah mencadangkan untuk mengenakan sekatan dengan mengehadkan penggunaan elektrik.

Berbanding dengan larangan Initial Coin Offering (ICO) pada bulan September tahun lalu, sekatan yang baru dicadangkan ini gagal mencetuskan panik dikalangan komuniti Cina.