Lebih banyak Kad Debit Cryptocurrency Dibatalkan oleh Kerana Tekanan dari VISA - Market Demon

Tuesday, January 9, 2018

Lebih banyak Kad Debit Cryptocurrency Dibatalkan oleh Kerana Tekanan dari VISA

Beberapa kad debit cryptocurrency telah dibatalkan kerana perubahan dasar oleh pengeluar utama (major issuer).
Pada awal tahun ini, TenX mengumumkan bahawa kadnya telah dinyahaktifkan dengan serta-merta kerana isu ini.



BitPay, yang menyediakan perkhidmatan kad debit cryptocurrency turut mengalami masalah yang sama, tetapi menurut mereka isu ini hanya akan menjejaskan pelanggan yang berpusat di Eropah sahaja.


Kad Dash Telah Mengalami Masalah Dalam Beberapa Bulan Kebelakangan Ini
Beberapa bulan yang lalu, pengguna yang mengharapkan kad debit Dash telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan kad mereka. Pada akhir Ogos 2017, Dash ShakePay mengumumkan pembatalan semua kad yang dikeluarkan di luar Eropah. 

Pada bulan berikutnya, beberapa pembekal lain turut mengambil tindakan yang sama dengan menyekat perkhidmatan ini kecuali kepada pelanggan mereka di Eropah. Ini juga berpunca dari pembatalan oleh WaveCrest.

Pembatalan secara menyeluruh oleh Wavecrest dilaporkan kerana tekanan oleh VISA, menurut e-mel yang dihantar oleh Wirex kepada para pelanggannya :


“Yesterday, our partner WaveCrest Holdings, Ltd., which provides our cards, was instructed by VISA to close all of its prepaid cryptocurrency-related and standard prepaid VISA debit card programs.”


Syarikat kewangan tradisional mungkin melihat cryptocurrency yang berasaskan pembayaran seperti Dash sebagai ancaman baru mereka.