Peningkatan 240,000 Pengguna Baru Dalam Tempoh 1 Jam - Market Demon

Friday, January 12, 2018

Peningkatan 240,000 Pengguna Baru Dalam Tempoh 1 Jam



Binance yang berpangkalan di Hong Kong mencatatkan peningkatan pengguna baru yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Cryptocurrency Exchange terbesar di dunia itu pada Rabu lalu telah menerima pendaftaran 240,000 akaun baru dalam tempoh satu jam.

Menurut Coinmarketcap, Binance merupakan cryptocurrency exchange yang paling aktif dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sebahagian besar pengguna Binance adalah lelaki dengan purata usia 25-35 tahun.

Peningkatan pesat cryptocurrency telah menarik perhatian eksekutif Wall Street. Rabu lalu, pelabur jutawan, Warren Buffet memberitahu CNBC bahawa Bitcoin dan cryptocurrency tidak akan berakhir dengan baik. Sementara CEO J.P Morgan, Jamie Dimon yang kuat mengkritik Bitcoin sebelum ini menyatakan kekesalannya memanggil Bitcoin penipuan.

Warren Buffet adalah pelabur yang sangat dihormati kerana rekod pelaburannya pada masa lalu. Seperti kebanyakan Wall Street player dan mereka yang datang dari tradisional market, mungkin beliau tidak memahami cryptocurrency sama sekali.