Kemaskini Terbaru Stratis - Market Demon

Friday, January 12, 2018

Kemaskini Terbaru Stratis



Fake wallet
Sila berhati-hati dengan pautan wallet yang mencurigakan. Tips yang sangat penting, pastikan anda sentiasa memuat turun mana-mana wallet dari sumber rasmi. Dalam kes Stratis, sila dapatkan wallet anda dari laman web rasmi Stratis atau Github rasmi mereka.

Scam seperti dibawah sering muncul dan mungkin akan terdapat lebih banyak pautan seperti ini pada masa hadapan, jadi sentiasa berwaspada. Jika tidak, coin anda berisiko untuk dicuri.



Apa Itu Stratis?
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Stratis, anda boleh baca artikel sebelum ini.

Apa Itu Stratis Platform? Panduan Asas Buat Pemula



ICO Platform
Pada 1 Januari 2018, CEO Stratis, Chris Trew telah mengemaskini mengenai projek yang sedang dibangunkan Stratis iaitu Tumblebit dan ICO Platform. Maklumat lanjut boleh didapati dalam gambar di bawah.


Sesiapa sahaja selepas ini mempunyai peluang untuk menjadi host ICO mereka sendiri di platform Stratis.

Bagi sesiapa yang tidak faham bagaimana platform ini akan meningkatkan nilai Stratis, biar kami jelaskan. Mereka yang mahu turut serta dalam mana-mana projek ICO yang dilancarkan menerusi platform ini, perlukan Strat token. Permintaan terhadap Strat akan membantu menyokong nilai Stratis. Ini sesuatu yang bagus buat pemegang Strat.



2018
Beberapa hari yang lalu, Forbes telah menyenaraikan Stratis dalam top 5 cryptocurrency yang perlu diberi perhatian sepanjang tahun ini. Dengan kebanyakan produk Stratis kini telah dilancarkan, adalah masuk akal jika Stratis melancarkan strategi pemasarannya pula. Seperti yang disebut oleh Chris Trew,

Pemasaran adalah salah satu bahagian akhir dan sesuatu yang kita tidak akan ambil ringan pada tahun 2018.

Sebelum ini, Stratis langsung tidak membelanjakan dana mereka untuk tujuan pemasaran. Kedudukan Stratis hari ini hasil dari perkembangan projek ini secara organik tanpa membelanjakan wang untuk pemasaran. Bayangkan apa akan terjadi apabila pihak Stratis mula memberi tumpuan pada pemasaran?