Bart Chilton Berharap Beliau Melabur Lebih Awal Dalam Bitcoin - Market Demon

Friday, January 12, 2018

Bart Chilton Berharap Beliau Melabur Lebih Awal Dalam Bitcoin



Khamis lalu, bekas financial regulator berkata bahawa beliau berharap telah melabur dalam Bitcoin dan cryptocurrency lain sewaktu beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

Bart Chilton, bekas Pesuruhjaya US Commodity Futures Trading Commission berkata,

Saya berhadap saya telah melabur apabila saya memberitahu orang ramai supaya berhati-hati.

Chilton kini memiliki Bitcoin dan Ethereum. Menurut beliau lagi, ramai kenalannya berkata jika tidak mendengar nasihat dari Chilton, sekarang mereka pasti sudah menjadi jutawan.

Disamping itu, pelabur jutawan, Warren Buffett baru-baru ini telah memberi amaran bahawa Bitcoin dan cryptocurrency tidak akan berakhir dengan baik.