Chat App Paling Popular Di Jepun Bakal Menggunakan Cryptocurrency - Market Demon

Friday, January 12, 2018

Chat App Paling Popular Di Jepun Bakal Menggunakan Cryptocurrency


Line, aplikasi chat app paling popular di Jepun dengan 168 juta orang pengguna aktif, tidak lama lagi akan menggunakan cryptocurrency dalam perkhidmatan pembayaran mudah alih mereka, Line Pay.

Line Corp yang berpusat di Tokyo dilaporkan sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat yang lain. Line Pay adalah perkhidmatan pembayaran mudah alih yang digunakan dalam chat app. Dilancarkan pada tahun 2014, mereka telah menandatangani perjanjian dengan lebih dari 30 bank di seluruh Jepun untuk membolehkan instant transaction menggunakan platform mereka.

Line dengan market value USD$10.75 bilion, kini mempunyai kira-kira 168 juta orang pengguna aktif di Jepun, Taiwan, Thailand dan Indonesia.

Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Line sedang bekerjasama dengan exchange Korea Selatan, Upbit. Exchange Korea Selatan itu disokong oleh Kakao Corp, pengendali chat app paling popular di negara itu, Kakao Talk.

Pada awal minggu ini, CEO Facebook, Mark Zuckerberg berkata bahawa cryptocurrency dan teknologi blockchain berpotensi untuk digunakan di platform Facebook.

Cryptocurrency Menarik Minat Mark Zuckerberg