Microsoft Berhenti Menerima Deposit Bitcoin - Market Demon

Wednesday, January 10, 2018

Microsoft Berhenti Menerima Deposit Bitcoin




Penggunaan matawang digital sejak tahun 2014 telah digunapakai oleh kebanyakkan syarikat besar dunia sebagai instrument payment gateway antaranya ialah Microsoft, Google, PayPal, Netteler, DELL, eBay, Subway, Amazon, Tesla Motors dan banyak lagi.  

Syarikat gergasi awal yang menerima bitcoin, Microsoft baru-baru ini telah berhenti menerima Bitcoin di Microsoft Store. Microsoft Store ialah platform yang menawarkan semua perisian perdana (flagship) termasuk Windows dan Office. Keputusan yang di ambil pihak Microsoft itu telah berkuatkuasa pada 26 Disember 2017, selepas syarikat itu menggunapakai matawang digital tersebut pada akhir 2014.


Microsoft gergasi Microsoft (NASDAQ: MSFT) telah membatalkan kaedah pembiayaan bitcoin untuk pelanggannya. Syarikat itu dimaklumkan telah menghantar e-mel kepada semua pelanggannya yang diketahui melalui sistem yang terjejas oleh isu pembiayaan ini. Ini berlaku selepas banyak spekulasi di media sosial dan forum komuniti berdasarkan maklumat sesetengah pengguna. Wakil Microsoft juga telah mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa :


26 Disember, Microsoft tidak lagi menerima Bitcoin sebagai pertukaran untuk kredit pada akaun pelanggan. Pautan "Redeem bitcoin" di Account.Microsoft.com telah dialih keluar, jadi pelanggan seperti anda tidak lagi melihat pilihan. Maklumat ralat penebusan sebelumnya telah dialih keluar dari siaran ini.


Isu Bitcoin
Susulan tindakan pihak Microsoft memberhentikan penerimaan deposit kredit Bitcoin, perkara ini telah disahkan oleh staf sokongan mereka hasil maklum balas di beberapa forum sosial media. Walau bagaimanapun, dari perbincangan dengan pelbagai staf di forum yang berbeza, gambaran yang boleh diperolehi adalah ianya disebabkan isu-isu operasi bukan kerana sebarang isu berkaitan regulatory demands.

Antara isu yang menjadi sebab kepada tindakan Microsoft ini ialah kelewatan dalam transaksi, harga Bitcoin yang volatile, dan caj transaksi yang tinggi. Perkara ini semakin memburuk sejak akhir-akhir ini kerana harga Bitcoin yang melonjak naik. Perkara yang sama juga pernah berlaku dalam platform permainan atas talian Steam yang telah berjaya diselesaikaan selepas itu.


Adakah Microsoft juga akan mengambil tindakan yang sama dan kembali menggunakan bitcoin sebagai salah satu instrument payment gateway? Atau adakah ini mungkin juga peluang kepada matawang digital yang lain untuk menggantikan Bitcoin dengan kelebihan yang boleh mengatasi kelemahan matawang digital Bitcoin?