Penganalisis di firma keselamatan siber Amerika Syarikat telah mengesan perisian mengandungi virus untuk melombong Monero dan menghantar semua Monero yang dilombong ke server universiti di Pyongyang, Korea Utara.
Firma keselamatan siber AlienVault melaporkan pada 8 Januari, malware itu muncul sekitar malam Krismas dan mengandungi kemudahan yang secara automatik menyimpan Monero ke dompet yang berkait dengan Kim Il Sung University Korea Utara.
AlienVault menyatakan terdapat ciri-ciri tertentu dalam malware itu, menjadikannya sulit untuk dipastikan siapa penciptanya. AlienVault juga menyatakan bahawa kerajaan Korea Utara sebenarnya berada disebalik operasi itu, ia mungkin menjadi sebahagian daripada langkah Korea Utara menggunakan cryptocurrency sebagai alternatif baru rentetan sekatan ekonomi terhadap negara tersebut.
Bulan lalu, penggodam yang dibiayai oleh Korea Utara dilaporkan banyak terlibat dalam kecurian cryptocurrency yang menyasarkan bursa Korea Selatan.
Seperti Bitcoin, Monero menggunakan network miners untuk mengesahkan transaksi di blockchain. Walau bagaimanapun, transaksi Monero seperti yang disebut dalam artikel sebelum ini lebih sukar untuk dikesan.