Microsoft Kembali Menggunakan Bitcoin Setelah Menyekat Buat Sementara Waktu - Market Demon

Thursday, January 11, 2018

Microsoft Kembali Menggunakan Bitcoin Setelah Menyekat Buat Sementara Waktu

Microsoft dilaporkan kembali menggunakan Bitcoin selepas menyekat perkhidmatan itu buat seketika, jurucakap Microsoft mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan mereka cuba untuk memastikan kepuasan pelanggan tidak terjejas oleh fees yang tinggi dan turun naik Bitcoin yang sangat volatile.

Seperti yang dilaporkan pada awal minggu ini, Microsoft mengejutkan komuniti cryptocurrency dengan secara senyap-senyap menghentikan pembayaran Bitcoin.

Microsoft seolah-olah memutuskan untuk menghentikan pembayaran Bitcoin pada Julai 2017, disebabkan oleh pelbagai masalah yang mereka terima. Apabila ditekan, customer support mendedahkan pelbagai masalah melibatkan urusan memproses pembayaran Bitcoin.

Ini bukan kali pertama syarikat besar ini menghentikan pembayaran Bitcoin. Pada tahun 2016 mereka pernah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menerima pembayaran cryptocurrency. Selepas menerbitkan pengumuman itu, Microsoft meminta maaf atas apa yang dianggap sebagai maklumat yang tidak betul dan mendedahkan cryptocurrency masih lagi diterima.

Kali ini, ia terjadi sekali lagi, tetapi Microsoft tidak mengambil masa yang kama untuk mengembalikan pembayaran Bitcoin. Kenyataan Microsoft berbunyi:

We’ve restored bitcoin as a payment option in our store after working with our provider to ensure lower bitcoin amounts would be redeemable by customers.

Microsoft mula menerima Bitcoin pada tahun 2014 melalui BitPay. Pada masa itu, langkah itu disambut baik oleh komuniti crypto kerana Microsoft merupakan sebuah syarikat gergaasi.


source : ccn.com