Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah kampus terbaru di negara ini yang akan menggunakan teknologi cashless dan akan menjadi yang pertama menggunakan teknologi blockchain yang dikatakan ‘unhackable’.
Dengan teknologi ini, pelajar dan kakitangan boleh memuat turun aplikasi XChain UMP, yang membolehkan mereka membuat bayaran di kafetaria dan kedai, hanya menggunakan mobile wallet.
Naib Canselor UMP Prof Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim berkata melalui aplikasi itu, pengguna akan diarahkan ke laman web e-perbankan untuk menambah nilai dalam dompet mudah alih mereka. Pembayaran kemudiannya dipindahkan melalui kod QR atau Komunikasi Jarak Jauh.
Dr Daing berkata teknologi blockchain membenarkan universiti untuk melangkah lebih jauh dalam melindungi graduan mereka dengan menggunakan sistem distribute ledger.
Ini bermakna maklumat yang disulik (encrypted) disimpan dalam banyak server di banyak lokasi dan bukan hanya satu server di satu lokasi. Tambahan pula teknologi blockchain ini membenarkan universiti itu menangani dua isu sensitif - wang dan sijil palsu.
Syarikat boleh menggunakan aplikasi Valid8 dan mengimbas kod QR yang ada pada sijil ijazah setiap pelajar semasa wawancara kerja untuk memaparkan ID foto pelajar, nama penuh, ijazah dan tahun anugerah.