Malaysia Terima Bantuan Kewangan Dari Amerika Syarikat? - Market Demon

Monday, January 21, 2019

Malaysia Terima Bantuan Kewangan Dari Amerika Syarikat?


Tahun lalu, President Trump mencadangkan untuk mengurangkan bantuan asing Amerika Syarikat dengan menawarkan lebih sedikit wang untuk membantu negara lain. Kira-kira 1% daripada belanjawan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat disalurkan ke bantuan asing. Terdapat beberapa faedah yang diterima oleh Amerika Syarikat apabila memberikan bantuan asing kepada negara lain antaranya seperti :

1. Mempromosikan demokrasi
2. Mempromosikan tadbir urus yang baik
3. Menyediakan akses kepada air bersih
4. Memperbaiki persekitaran pembelajaran

Malaysia merupakan antara negara yang menerima bantuan dari Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat merancang untuk memberikan bantuan sebanyak $2 juta kepada Malaysia pada tahun 2019. Apa manfaat yang Amerika Syarikat perolehi dari Malaysia?

Tumpuan utama hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia adalah mempromosikan keamanan dan keselamatan, kerjasama penguatkuasaan undang-undang, mengembangkan hubungan ketenteraan, memperkuatkan institusi global dan serantau, dan mewujudkan sekutu yang lebih baik. Dengan memberi bantuan kepada Malaysia, Amerika Syarikat dapat memerangi ancaman pengganas lebih awal sebelum ia berkembang.

Selain itu, Amerika Syarikat mendapat faedah sebagai rakan kongsi dalam sektor pembuatan. Dengan mempromosikan pembangunan ekonomi melalui bantuan, Malaysia boleh terus meningkatkan pengeluaran yang mana akan memberi kelebihan dan penjimatan bagi syarikat-syarikat Amerika Syarikat. Manakala, kos di Malaysia lebih efektif berbanding negara lain seperti China yang mengenakan cukai setinggi 4% ke atas syarikat bukan Cina. Di bawah merupakan carta yang menunjukkan dana yang diterima oleh Malaysia dari Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Dana yang dibelanjakan pada tahun 2018 mengikut kategori (Sumber : ForeignAssistance)

"Foreign aid goes from poor people in rich countries to rich people in poor countries."

Ikuti Twitter Market Demon

No comments: