Cara Maksimakan Pulangan Dengan Chart Pattern Analysis - Market Demon

Wednesday, January 2, 2019

Cara Maksimakan Pulangan Dengan Chart Pattern Analysis

Chart Pattern

Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk mengurangkan kesilapan dalam analisis Chart Pattern. Seperti yang saya beritahu dalam artikel sebelum ini, Chart Pattern Analysis tidak boleh dijadikan sebagai stand-alone technique. Anda perlu menggunakan indicator lain sebagai filter analisis. 

Saya mencadangkan anda menggunakan indicator yang memberi anda maklumat mengenai volume atau momentum. Terdapat dua peraturan apabila berdagang dengan menggunakan kombinasi Chart Pattern dan volume/momentum indicator :

  • Sekiranya breakout terjadi ketika berlaku peningkatan volume, maka breakout tersebut berkemungkinan besar adalah valid.

  • Sekiranya breakout terjadi ketika berlaku pengurangan volume, maka breakout tersebut berkemungkinan besar adalah invalid.

Kedua-dua peraturan ini sangat membantu dalam mengenalpasti real pattern dan fake pattern. Dengan menggunakan volume/momentum indicator anda dapat mengurangkan risiko terperangkap dalam fake pattern. Fake pattern biasanya terjadi apabila pembentukan market pattern tidak dapat mencapai potensinya. Selalunya ia mempunyai kaitan dengan jumlah order flow dalam pasaran.



No comments: