Western Union Kolabirasi Bersama Ripple untuk Menguji Pembayaran Melalui Blockchain - Market Demon

Saturday, December 22, 2018

Western Union Kolabirasi Bersama Ripple untuk Menguji Pembayaran Melalui Blockchain



Presiden kepada Pemindahan Wang Global Western Union telah berkata bahawa syarikat itu telah bersedia untuk menggunakan mata wang apa pun dan ini juga termasuk cryptocurrencies

Odilon Almeida menyatakan bahawa  tidak ada perbezaan besar diantara cryptocurrencies dan pembayaran digital, yang dimana Western Union telah menguruskan semenjak bertahun-tahun.

Almeida percaya bahawa visi jangka panjang syarikat itu samgat berpotensi dan bersedia untuk melancarkan sebarang jenis mata wang dan ini termasuklah yang berasaskan blokchain

Selain daripada cryptocurrency, Western Union juga sedang meneliti  penggunaan teknologi blockchain. Western Union juga telah bekerjasama dengan Ripple untuk menguji dengan menghantar pembayaran melalui blockchain yang lebih pantas dan lebih murah disamping menguji kestabilan sistem tersebut.

No comments: