10 Tips Dan Pengajaran Penting Dalam Perdagangan. - Market Demon

Sunday, December 23, 2018

10 Tips Dan Pengajaran Penting Dalam Perdagangan.

Hasil carian imej untuk its not about money its about the game

Kunci untuk belajar dan berkembang sebagai pedagang adalah dengan belajar daripada kesilapan yang telah anda lakukan dan tidak mengulanginya. Kali pertama anda melakukan kesilapan yang berkaitan wang ketahuilah bahwa ia hanyalah kesilapan semata-mata, kali kedua adalah kedegilan, sementara kali ketiga pula apabila anda melakukan kesilapan ketahuilah bahwa ianya adalah kebodohan. Anda boleh aktif di pasaran selama sedekad tetapi jika anda mengulangi kesilapan yang sama berulang kali anda diibaratkan seperti menjadi pedagang baru sepuluh kali. Oleh itu marilah belajar untuk berhenti melakukan perkara yang salah dan mula melakukan perkara yang betul.


Berikut adalah sepuluh pengajaran dan tip yang boleh dipelajari:


  • Jika anda tidak berdagang dengan strategi yang 'quantified' maka anda tidak mempunyai kelebihan dan tindakan anda hanya bersifat rawak. Anda hanya akan bergantung pada nasib serta mengalami kerguian tanpa konsistensi.
  • Mencari sistem yang mendatangkan keuntungan dengan kelebihan hanyalah sebagai langkah pertama untuk menguntungkan perdagangan. Anda juga harus mempunyai disiplin yang tinggi serta saiz lot dengan betul untuk kejayaan jangka panjang.
  • Tiada sistem atau strategi yang boleh diaplikasikan di semua kelas pasaran. Anda perlu mempelbagaikan strategi dan senarai pantau anda untuk kemungkinan kejayaan yang lebih besar.
  • Isyarat perdagangan bukanlah pendapat. Pergi ikuti aliran arah tren pasaran, yang akan menjadi jalan yang kurang rintangan terhadap keuntungan.
  • Uji balik, carta sejarah pergerakan harga pasaran untuk mengkaji strategi sebelum anda melaburkan wang sebenar dengan risiko.
  • Bersabar dengan perdagangan yang menguntungkan dan tidak perlu untuk bersabar dengan kerugian perdagangan.
  • Ketamakan dapat mengubah akaun perdagangan yang kecil kepada yang lebih kecil manakala kesabaran dapat mengubah akaun perdagangan yang kecil menjadi lebih besar.
  • Lebih kecil 'Time frame' dagangan lebih banyak 'noise' manakala semakin besar 'Time frame' lebih jelaslah anda dengan tren pasaran semasa oleh itu sentiasa lakukan 'Multitime frame analysis'.
  • Anda tidak perlu menjadi pedagang yang sempurna. Hanya memerlukan perdagangan yang berkualiti dan disiplin yang tinggi untuk berjaya memperoleh keuntungan.
  • Dalam perdagangan kelebihan terbesar anda datang dari disiplin dan saiz lot yang betul. Berada dalam permainan ini adalah keutamaan anda yang pertama, kebanyakan orang tidak boleh berfungsi dengan rasional tanpa dibebani oleh emosi dan ego mereka sendiri. Kuasai ini dan anda sudah bersedia untuk menjadi pedagang yang berjaya meraih keuntungan yang konsisten serta boleh membangunkan sistem perdagangan anda sendiri.

No comments: