Federal Reserve Bank & Donald Trump - Market Demon

Monday, December 10, 2018

Federal Reserve Bank & Donald Trump




Sebelum ini Trump menyatakan bahawa tiada apa pun kenyataan dari Federal Reserve Bank (Fed) yang membuatkannya gembira. Tetapi selepas kenyataan yang dikeluarkan oleh Fed baru-baru ini bahawa mereka berhenti menaikkan kadar faedah membuatkan Trump berasa lega. Ramai penganalisa dari dalam White House menyatakan yang Trump sangat mengalu-alukan tindakan Fed itu.

Trump menyatakan dalam Washington Post sebelum ini yang dia tidak begitu gembira dengan tindakan Fed dan menyesal kerana melantik Powell. Jerome Hayden Powell ialah pengerusi Fed ke-16 dan telah berkhidmat semenjak Febuari 2018. Dia telah dicadangkan sendiri oleh Trump untuk jawatan itu dan dipersetujui oleh Senator-Senator Amerika Syarikat. Namun baru-baru ini dia telah membuat satu kenyataan di Economic Club of New York yang kadar faedah berada bawah di paras neutral. Ini bermaksud Fed tidak akan merangsang lagi ekonomi.



Sehubungan dengan kenyataan itu, ekonomi US digegarkan dengan kenaikkan mendadak DJIA sebanyak +1.13% dan dollar US (DXY) menurun sebanyak -0.5%. Steve Pearlstein daripada Washington Post mengatakan yang orang seperti Powell tidak mungkin akan tunduk dengan tekanan dan mengubah polisi Fed namun dia mengakui Powell mempunyai gaya pemikiran yang rumit. Malahan penulis-penulis daripada Wall Street Journal (WSJ) mengatakan pendirian yang sama. Powell tidak mungkin akan membuat keputusan berdasarkan komen daripada Trump.

Hal ini kerana bank pusat itu hanya bertindak atas data-data yang diperoleh dan analisis. Tidak mungkin politik akan memberi kesan kepada pengerusi bank pusat itu. Powell juga terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh pengerusi sebelumnya. Dia perlu bekerja keras untuk menstabilkan semula kadar faedah sekiranya ekonomi US bergerak perlahan pada masa-masa mendatang.

No comments: