Coinbase Kini Boleh Membuat Pengeluaran Tunai ke PayPal - Market Demon

Sunday, December 16, 2018

Coinbase Kini Boleh Membuat Pengeluaran Tunai ke PayPal



Pertukaran terbesar cryptocurrency Amerika, Coinbase telah memperkenalkan pengeluaran wang secara percuma untuk sistem pembayaran dalam talian Paypal.

Mulai sekarang, pelanggan Coinbase kini boleh menghantar  baki tunai mereka kepada akaun Paypal. Perkhidmatan untuk negara-negara lain juga turut dilaporkan akan dilancarkan pada tahun 2019.

Coinbase dan PayPal sebelum ini diintegrasikan pada tahun 2016, apabila Coinbase menambah sokongan untuk platform pembayaran selain daripada kad kredit utama. Pada masa itu, pengguna Coinbase dapat menjual Bitcoin (BTC) dan mempunyai dana fiat yang disimpan di  PayPal. Integrasi itu kemudiannya ditamatkan kerana masalah teknikal.

Dengan langkah ini, Coinbase telah meningkatkan rangkaian perkhidmatannya, yang telah berkembang secara aktif sejak beberapa bulan yang lalu. Bulan ini, Coinbase itu mula mencari jalan dalam menyediakan sokongan perdagangan untuk 31 mata wang digital. Penambahan baru yang berpotensi termasuk Ripple (XRP), EOS dan Cardano (ADA). Coinbase akan bekerjasama dengan bank tempatan dan pengawal selia untuk menambah perkhidmatan mereka.


No comments: