7 Sebab Untuk Tidak Mengalah Dalam Berdagang - Market Demon

Saturday, December 15, 2018

7 Sebab Untuk Tidak Mengalah Dalam Berdagang

"Remember why you started. Don't give up, find a way"

Kebiasaanya, newbie traders akan berasa hendak mengalah terutamanya apabila mereka merasakan beberapa tahun pertama mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan menimba ilmu, membayar yuran pengajian perdagangan dan mereka lebih banyak mengalami kerugian daripada keuntungan. Perdagangan adalah pertempuran dua belah. Oleh itu mereka perlu untuk berada di bahagian yang betul untuk meraih keuntungan.

Akan tetapi perlu juga untuk mereka sedar bahawa professional trader juga mengalami kerugian.
Sebaliknya apa yang membuatkan mereka menjadi profitable trader adalah kerana magnitud kemenangan mereka lebih tinggi daripada kekalahan. Kebanyakan profitable trader yang berjaya tidak berputus asa. Ketekunan dalam perdagangan adalah mengenai pembelajaran, pelaksanaan, disiplin, emosi dan dedikasi.


7 sebab untuk tidak mengalah dalam berdagang:
  • Dalam berdagang kita akan lebih mengenali diri kita iaitu kelemahan dan kekuatan kita.
  • Belajar untuk berdagang dengan betul akan menjadikan diri kita lebih baik. Pedagang yang baik adalah pedagang yang menguruskan ego, ketakutan, ketamakan dan pengurusan risiko yang baik dan ianya boleh diaplikasikan juga dalam kehidupan harian.
  • Berdagang adalah cara terbaik untuk mengukur kebolehan kita kerana ianya sungguh mencabar.
  • Sistem perdagangan yang hebat boleh menjadi aliran pendapatan yang konsisten
  • Anda boleh mengembangkan modal anda melalui pengkompaunan, dan mengubah gaya hidup anda.
  • Tiada medium lain yang menawarkan kawalan peribadi ke atas kebebasan kewangan anda melainkan dengan berdagang.
  • Apa lagi yang anda akan buat? Bekerja selama 40 tahun dalam pekerjaan yang anda tidak suka dan terus membuat wang untuk orang lain?



Dapatkan 50 usd percuma untuk mula berdagang

No comments: