ASUS Kini Membenarkan Pengguna ‘mining’ Crypto Dengan Kuasa GPU - Market Demon

Friday, December 7, 2018

ASUS Kini Membenarkan Pengguna ‘mining’ Crypto Dengan Kuasa GPU



Syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Taiwan ASUS kini telah bekerjasama dengan platform perlombongan GPU Quantumcloud untuk membolehkan pengguna untuk mining crypto melalui kad grafik keluaran mereka.

Pemilik kad grafik ASUS akan dapat mine crypto melalui perisian Quantumcloud dan mengeluarkan hasilnya dengan menggunakan aplikasi PayPal atau aplikasi WeChat.

Walau bagaimanapun, Quatumcloud tidak menjamin keuntungan atau hasil dari penggunaan. Selain itu ia turut menyatakan bahawa pengguna perlu mempertimbangkan kos penggunaan eletrik sendiri, menurut penerbitan teknologi berasaskan U.K HEXUS.net. Permulaan perlombongan GPU mendakwa untuk menyediakan standard perlindungan data pelanggan yang mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR).

Sementara itu, firma mining crypto utama di China dilaporkan mula menjual peralatan mining mereka melalui kilo(KG), berikutan runtuhnya pasaran crypto baru-baru ini yang bermula pada pertengahan November lepas

No comments: