SEC Melancarkan Mock ICO untuk Memberi Amaran Awal Kepada Pelabur Terhadap Scam - Market Demon

Thursday, May 17, 2018

SEC Melancarkan Mock ICO untuk Memberi Amaran Awal Kepada Pelabur Terhadap Scam



Menurut satu kenyataan media pada 16 May lepas, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa  Amerika Syarikat atau US Securities and Exchange Commission (SEC) telah melancarkan website palsu untuk Initial Coin Offering (ICO). Matlamat laman itu adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap tanda-tanda tipikal awal penipuan dan scam ICO dan juga untuk mempromosikan pendidikan pelaburan.
Laman sesawang palsu HoweyCoins.com mewakili sampel klasik untuk website ICO yang palsu yang bila dilihat pada akal yang sihat ialah satu pelaburan yang "too good to be true." Dalam laman itu juga terdapat butiran yang 'meyakinkan' seperti whitepaper, janji pulangan, pengesahan oleh selebriti, dan juga jam countdown menunjukkan "jangan terlepas peluang sekali seumur hidup"

Apabila pelabur menekan butang "Buy Coins Now", mereka akan dibawa kepada laman sesawang Investor.gov, satu laman milik SEC, untuk mendidik dan membantu pelabur untuk mengelakkan scam. Laman itu juga memberi amaran jika pelabur meneruskan untuk melabur untuk HoweyCoins dan seangkatan dengannya, mereka telah ditipu dan juga discam. 

ICO - HOWEYCOINS

Chairman SEC, Jay Clayton, memberitahu bahawa agensi itu sangat menyokong apa sahaja teknologi baharu, tetapi mereka mengingatkan para pelabur untuk didik diri sendiri dahulu dan fahami bagaimana rupa skim penipuan ini bergerak:
Kami sokong teknologi baru, tapi kami juga inginkan pelabur untuk memahami bagaimana penipuan boleh berlaku, jadi kami bina laman untuk pendidikan ini dengan kesemua amaran-amaran dan tanda-tanda penipuan yang terdapat di dalamnya. Teknologi distributed ledger ini boleh meningkatkan kapital dan juga pendapatan, tetapi semua promoter harus patuh kepada segala peraturan yang telah ditetapkan. Saya menyeru semua pelabur untuk rajin mengkaji dan bertanya soalan

Owen Donley, Ketua Kaunsel untuk Office of Investor Education and Advocacy milik SEC, menyatakan dimana website penipuan untuk ICO boleh dicipta dalam masa yang singkat dan ini menunjukkan kita bahawa betapa senangnya untuk melancarkan sesebuah scam ICO. 
Sindiket penipu boleh mencipta satu website yang menarik dan memenuhkan laman itu dengan kesemua janji palsu dan rumit untuk memancing pelabur untuk melabur dan seterusnya ditipu. - Owen Donley -

Awal minggu ini, Cointelegraph telah mambuat repot terhadap 3 pengasas bersama dalam syarikat cryptocurrency startup, Centra Tech, yang telah diiktiraf adalah sebuah scam ICO. ICO Centra Tech telah meraih $32 juta daripada pelabur pada tahun 2017. Mereka menyatakan mereka telah menjadi rakan kongsi dengan Visa dan Mastercard untuk membuat currency kad debit virtual.
sumber: Cointelegraph