Korea Selatan Exchanger Terbesar UPbit Menjalankan 'Audit Dalaman' Diatas Tuduhan Penipuan - Market Demon

Thursday, May 17, 2018

Korea Selatan Exchanger Terbesar UPbit Menjalankan 'Audit Dalaman' Diatas Tuduhan Penipuan


Pertukaran cryptocurrency terbesar Korea Selatan UPbit berkata telah menjalankan audit dalaman bagi menyangkal dakwaan penipuan.

UPbit mendapat lawatan secara mengejut dari pengawal selia kewangan kerana disyaki telah memalsukan dokumen dan masih belum menerbitkan data audit. UPbit menyatakan bahawa ini cuma salah faham antara pemeriksa kerajaan ke atas beberapa wallet yang dikatakan diragui.

Pemeriksaan ini menyebabkan berlakunya panik di pasaran dan pemegang amanah Mt. Gox telah menjual sahamnya dan ini mengakibatkan penurunan harga beberapa hari kebelakangan ini. Perkara ini masih belum diselesaikan secara rasmi, tuduhan terhadap UPbit tentang penipuan nampaknya tidak profesional jika perkara ini dibuat tanpa maklumat konkrit.

UPbit merupakan exchanger yang dimiliki oleh syarikat gergasi komunikasi Korea Selatan, Kakao, UPbit juga merupakan antara exchanger kelima terbesar di dunia dengan volume perdagangan 24 jam kira-kira $ 910 juta dalam perdagangan.