10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 2) - Market Demon

Tuesday, December 4, 2018

10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 2)



Mereka merupakan ahli perniagaan yang mewariskan kekayaan mereka kepada ahli keluarga. Empayar perniagaan membuatkan legasi mereka mampu hidup kaya-raya sehingga beratus tahun lagi. Di bawah merupakan sambungan senarai 10 keluarga terkaya di dunia.

6. Karl & Theo Albrecht Jr. & Beate Heister (Aldi) 
    Anggaran Kekayaan : $38.8 billion ~ $55.5 billion



Aldi ialah Walmart di German. Selepas perang dunia ke-2, adik beradik Karl dan Theo Albrecht mengubah kedai runcit ibu bapanya kepada salah satu pasaraya yang kini mempunyai 10,000 cawangan. Pada tahun 1961, adik beradik ini membahagikan kedai-kedai mereka mengikut kawasan: Karl menguruskan di bahagian UK, US dan Australia manakala Theo mengambil bahagian utara German dan Eropah. Ketika Karl meninggal dunia pada tahun 2014, dia merupakan orang yang terkaya di German pada waktu itu. Anak-anaknya iaitu Beate Heister dan Karl Albrecht Jr. merupakan pewaris kepada kekayaan itu dan merupakan orang ke 27 di dalam Forbes Billionaires List.

7. Keluarga Dumas (Hermes)
   Anggaran Kekayaan : $36.7 billion ~ $49.2 billion




Pereka fesyen dari Perancis ini mempesonakan dunia dengan rekaan tali leher, pewangi dan koleksi beg tangan mereka. Pada abad ke-19, Thierry Hermes memulakan kariernya dengan mereka alatan menunggang kuda untuk golongan bangsawan. Hari ini, Hermes mengorak langkah dengan mencipta Hermes Apple Watches yang menggabungkan rekaan lama dan teknologi dan harganya mencecah $1,300 ~ $1,500 seunit. Syarikat ini dipengerusikan oleh Axel Dumas dan Pierre-Alexis Dumas sebagai pengarah artistik.

8. Keluarga Kampard (IKEA) 
    Anggaran Kekayaan : $48.9 billion




Pengasas syarikat IKEA Ingvar Kampard dilahirkan dalam sebuah kawasan kampung di Sweeden. Pada tahun 2018, Ingvar Kampard telah meninggal dunia dan merupakan antara salah seorang manusia yang terkaya di dunia. Dia memulakan operasi menjual barngan perabot pada awal 1950 dan tidak menunggu masa yang lama untuk membina empayar perabotnya di serata dunia. Hari ini, IKEA sangat sinonim dengan rekaan perabot yang mementingkan gaya minimalis, ringkas dan harganya yang murah. Kampard mati dengan meninggalkan 3 orang anak lelaki dan seorang anak angkat perempuan.

9. Keluarga Wertheimer (Channel) 
    Anggaran Kekayaan : $45.6 billion



Merupakan pereka fesyen dari Perancis dan mempunyai produk-produk ikonik seperti "little black dress" dan " No. 5 perfume". Adik beradik Alan dan Gerhard Wertheheimer merupakan pemegang bersama syarikat ini. Pengasas syarikat ini merupakan datuk mereka sendiri iaitu Gabrielle Coco Chanel.

10. Susanne Klatten & Stefan Quandt (BMW)
      Anggaran Kekayaan :$42.7 billion ~ $46.2 billion




Pembuat kereta dari German ini menghasilkan kereta dan motosikal mewah yang sangat sinonim dengan kualiti, gaya pembuatan dan elegan. Selain daripada BMW,  syarikat ini juga memiliki Rolls Royce dan Mini. Sejak sedekad lalu, keluarga Quandt telah mengawal syarikat ini dengan sangat baik. Hari ni, syarikat ini menguasai pasaran kenderaan di Eropah dan Amerika Syarikat.


Setelah meneliti senarai diatas, ramai mungkin tertanya-tanya di manakah Bezos, Gates dan Buffet. Mereka tidak tersenarai kerana kekayaan mereka belum lagi diwariskan kepada generasi mereka yang kedua. Kita mungkin bukanlah pewaris kepada jutawan yang mempunyai syarikat-syariket gergasi namun kita perlu merancang kewangan secara berhemah untuk diwariskan kepada generasi di dalam keluarga kita sendiri. Dengan cara itu sahajalah generasi selepas kita akan berterima kasih kepada nenek moyangnya. 

Anda terlepas membaca 10 Keluarga Di Dunia Bahagia 1? Baca di sini:
10 Keluarga Terkaya Di Dunia (Bahagian 1)

No comments: