6 Kesalahan Utama Yang Dibuat Pelabur Amatur - Market Demon

Thursday, October 11, 2018

6 Kesalahan Utama Yang Dibuat Pelabur Amatur



Dalam kebanyakan segmen kehidupan, musuh utama kita adalah diri sendiri. Dalam realm kewangan juga tidak ada bezanya.

Apakah halangan utama anda untuk mencapai status ‘Financial Freedom’?

Ya. Minda anda sendiri

Anda boleh melabur dalam semua benda yang bagus, kurangkan bayaran fee dan cukai, dan juga mempelbagaikan portfolio anda. Tetapi jika anda gagal mengawal psikologi anda sendiri, selalunya anda akan gagal dalam pelaburan kerana sabotaj ke atas diri sendiri yang anda lakukan atau dikenali sebagai self-sabotage.

Rekabentuk Minda
Beberapa kajian telah dibuktikan bahawa minda kita telah dibentuk untuk survival instinct sejak beribu tahun yang lalu, dan ianya menjadi masalah yang besar apabila kita berdepan dengan membuat keputusan penting dalam sektor kewangan.

Untuk mengatasi masalah ini, para pelabur perlu mempunyai sistem, peraturan, dan prosedur yang mudah yang membolehkan mereka membuat keputusan dalam pelaburan dengan tenang dan berjaya dalam jangka masa yang panjang.

What I’ve found again and again is that 80% of success is psychology and 20% is mechanics.
– Tony Robbins
6 Perangkap psikologi yang perlu dijauhi


Ingat 6 perangkap maut ini – dan cara untuk mengatasi kesemuanya – dan anda akan berjaya untuk membuat keputusan yang merbahaya dan merugikan.  

kesilapan #1:

Mencari keputusan atau confirmation menggunakan kepercayaan anda sendiri.

Minda anda dicipta untuk mencari dan mempercayai informasi yang menyokong kepercayaan anda. Minda kita sangat cintakan bukti yang menunjukkan bertapa pintar nya diri kita.


Lebih memburukkan keadaan, perkara ini ditambah dengan ‘noise’ dalam dunia maya atas talian.
  • Laman berita (MSNBC, Fox News, etc.) hanya melebihkan satu point of view sahaja
  • Google dan Facebook menapis carian kita
  • Gosip dan rumours boleh wujud tanpa sebarang bukti, selagi ia menyokong satu-satu pendapat
Semua perkara ini boleh menjadi perkara yang buruk dalam pelaburan.

Untuk meyakinkan diri anda dalam pelaburan atau strategi anda adalah betul, tanpa mengambil kira pendapat dan bukti yang bertentangan, boleh membuatkan impian anda untuk bebas dari kencaman kewangan terkubur begitu sahaja.

Solusi: Terima pendapat yang bertentangan dengan pendapat anda

Pelabur yang bijak mengetahui bahawa pendapat mereka sangat terdedah kepada kesilapan dan bias, dan mereka terus mengkaji dan bertanya soalan dan pendapat yang berkualiti untuk melawan pendapat mereka sendiri.

The power of thoughtful disagreement is a great thing.
– Ray Dalio
kesilapan #2:

Hanya mengikuti dan mempercayai trend akan berterusan


Antara kesilapan yang paling kerap dilakukan dalam pelaburan ialah mempercayai trend yang sedang berlaku akan berterusan tanpa henti. Ambil contoh Bitcoin. Apa yang berlaku pada tahun lalu?

Dalam subjek psikologi, perkara ini dikenali sebagai recency bias atau melebihkan kepercayaan anda dalam sesuatu peristiwa apabila membuat pertimbangan untuk masa depan. Disebabkan itu, ramai terperangkap membeli sesuatu asset pada harga tinggi. Sekali lagi, Bitcoin.

Solusi: Re-balance
Memori kita sangat pendek dan terhad, jadi apa boleh kita buat?

Cara terbaik untuk mengatasi masalah membuat keputusan salah ialah dengan cara mempelbagaikan portfolio anda (contoh: Saham – 60%, Bond 40%) secara advance, kemudian cari cara untuk Re-balance semula setiap masa.

Cara ini sangat efektif untuk memastikan anda buy low, sell high. Anda ambil profit daripada saham untuk beli asset yang lain yang berada pada radar anda tetapi harganya masih rendah.

kesilapan #3:

Overconfidence atau Terlalu Yakin

Orang yang berjaya dan bersemangat tinggi seringkali menyangka bahawa mereka akan sama berjaya dalam pelaburan seperti dalam aspek kehidupan mereka yang lain. Tetapi, perasaan terlebih yakin sebagai cognitive bias sering berlaku: Kita overestimate kebolehan diri, ilmu, dan juga prospek masa hadapan.

Solusi: Realistik, Jujur

Dengan mengaku diri anda tidak mempunyai kebolehan yang unik, anda memberi kelebihan pada diri anda sendiri dengan cara anda menewaskan pelabur yang overconfident dan juga delusional.

If you can’t predict the future, the most important thing is to admit it. If it’s true that you can’t make forecasts and yet you try anyway, then that’s really suicide.
– Howard Marks
kesilapan #4:

All out

Ia sangat menggoda untuk mendapatkan satu kemenangan yang besar sekali gus dalam membina kemewahan. Tetapi jika anda terus sahaja letak semua wang anda secara ‘All out’, kemungkinan besar anda akan dapat rugi yang teruk sekali dan selalunya sangat sukar untuk pulih daripadanya.

Solusi: Fikir jauh kehadapan (Long term)

Cara terbaik untuk anda menang game ini ialah untuk mendapatkan satu sistem yang mampu memnghasilkan keuntungan dalam masa yang panjang secara compounding. Bermaksud, daripada kepelbagaian portfolio anda, anda ambil profit setiap satu sedikit demi sedikit, kemudian lama-lama jadi bukit. Lupakan noise atau perkara yang tak penting berlaku disekeliling market. Fokus kepada kajian anda sendiri.

The stock market is a device for transferring money from the impatient to the patient.
– Warren Buffett
kesilapan #5:

Home Bias

Psikologi ini dikenali sebagai “home bias”, dan mereka ini cenderung untuk melabur di dalam asset yang hanya mereka kenal sehaja. Contohnya seperti:
  • Saham majikan/Syarikat anda bekerja
  • Industri anda sendiri
  • Saham negara anda sendiri
  • Hanya satu kelas asset
Psikologi Home bias akan membuatkan anda cenderung dan bias terhadap ‘Apa yang anda tahu”, dimana boleh meninggalkan kesan yang buruk untuk portfolio anda.

Solusi: Diversify
Diversify dengan luas, dalam kelas asset yang lain untuk negara yang lain. Daripada tahun 2000 hingga 2009, S&P hanya memberikan pulangan sebanyak 1.4% setahun, tetapi pulangan daripada foreign markets sangat menguntungkan:
  • International stocks: 3.9% setahun
  • Emerging markets: 16.2% setahun

Portfolio yang baik adalah portfolio yang diversify.

kesilapan #6:

Negatif Bias


Minda kita seringkali memberikan memori pahit yang dihasilkan melalui pengalaman yang negative.
Satu kawasan di otak kita yang dipanggil ‘amygdala’ adalah satu sistem biologi yang akan memberikan diri kita alarm atas ketakutan kita ketika menghadapi kerugian.

Apa yang akan terjadi? Bila market merudum, ramai yang takut akan kehilangan nilai asset dan akan melakukan panic selling akibat daripada tindakan yang tidak rasional. Mereka panic, dan tukarkan asset mereka menjadi wang.

Solusi: Sentiasa bersedia

Cara terbaik untuk mengelakkan bias negative ialah:
  • Rekod anda kenapa anda melabur dalam satu-satu asset.
  • Kekalkan peruntukan asset yang betul yang akan membantu anda untuk menghadapi ketidaktentuan.
  • Dapatkan penasihat kewangan untuk dapatkan tips dan nasihat professional
  • Fokus untuk long term, dan jauhi short term dan juga gangguan market.
By failing to prepare, you are preparing to fail.
– Benjamin Franklin

Konklusinya
Kesemua peraturan dan prosedur ini sangat membantu dalam memudahkan anda untuk terus melabur secara long term.

Ia akan membantu kita dari segi:
  • Kurangkan trading, lebihkan Investing
  • Fee pelaburan dan kos transaksi yang kurang.
  • Jadi lebih open minded untuk menerima pendapat orang lain.
  • Kurangkan risiko dengan mempelbagaikan portfolio secara global.
  • Mengawal ketakutan anda yang mampu menjahanamkan akaun anda.
Adakah anda akan jadi Perfect? Tak Akan!

Tetapi, adakah anda jadi lebih baik dan hebat? Ya Betul!

*Semua pelaburan adalah tanggungan sendiri, saya hanya berkongsi tips dan nasihat. Semoga berjaya dunia akhirat.



No comments: