Unshakeable : 7 Fakta Tentang Keresahan Dalam Pasaran Saham-Tony Robbins. - Market Demon

Wednesday, September 19, 2018

Unshakeable : 7 Fakta Tentang Keresahan Dalam Pasaran Saham-Tony Robbins.



Bull market untuk pasaran saham pada masa kini telah mencecah hampir 10 tahun, menjadikan ia bull run paling panjang dalam sejarah moden.



Keadaan ini menyebabkan ramai pelabur dalam keadaan berjaga-jaga dan resah. Semua orang ingat akan kejadian market crash pada tahun 2008, dan pada harga saham yang berada pada puncak atau All Time High, keresahan akan berlakunya market meltdown sangat kuat oleh para pelabur.
Bull market tidak kekal selamanya. Bak kata slogan Game of Thrones, “Winter is Coming”

Apa yang anda perlu lakukan untuk menghadapi persediaan ini?

Bersedia menghadapi cuaca sejuk


Kita sedia maklum Malaysia tidak mempunyai musim salji atau sejuk tapi kita ada musim hujan yang selalunya menyebabkan banjir besar di kawasan Pantai Timur. Tapi sebagai perumpamaan, penulis menggunakan musim sejuk sebagai analogi. Musim sejuk merupakan musim yang sangat tidak baik untuk makanan kerana segala jenis tanaman tidak dapat tumbuh dalam keadaan sejuk yang ekstrem. 

Tetapi sebagai manusia, satu makhluk yang dapat mengadaptasi situasi dengan mengenalpasti pattern atau keadaan sekeliling, kita dapat hidup dan berjaya mencipta pelbagai teknologi untuk penanaman.
Kita bertindak atas pattern ini berulang kali sehingga kita dapat menghasilkan makanan dengan banyak dan cukup. Sama seperti pasaran, terdapat banyak pattern yang jelas dan nyata tentang pasaran kewangan melalui data yang dikumpul berabad lamanya.

Dengan memahami bagaimana musim kejatuhan pasaran, anda akan dapat memberikan diri anda persiapan untuk mengaut keuntungan seperti pelabur-pelabur professional.

Secara purata, “correction” berlaku setahun sekali


Selepas hampir seabad lebih (sejak tahun1900), pasaran telah melakukan secara purata “correction” untuk setahun sekali. Apa itu correction? Correction bermaksud harga pasaran mencari harga yang stabil semula selepas mengikut trend sama ada bull atau bear. Ia berpatah balik daripada trend asal. Correction secara purata juga hanya berlaku penurunan harga sebanyak lebih daripada 10% tetapi tidak melebihi 20%.

Dalam erti kata lain, correction adalah benda yang normal dalam pasaran dan anda boleh jangkakannya seperti hari jadi anda sendiri.

Purata correction 100 tahun adalah seperti berikut:
  •        Terjadi selama 54 hari
  •        Terjadi sebanyak setahun sekali
  •        13.5% penurunan harga

Ketidaktentuan dalam keadaan pasaran yang mengalami correction telah menyebabkan ramai tersingkir dan tersungkur kerana membuat kesilapan dengan Buy High Sell Bottom. Jika anda tahu bila perlu HODL dan telah bersedia, anda akan hadapi rebut dengan tenang.

Kurang daripada 20% antara semua Correction yang berlaku bertukar menjadi Bear Market.


Bila harga pasaran sedang menurun dan portfolio anda sedang negative floating, anda pasti sangat gatal tangan untuk short position anda dengan menjual semua asset dan mendapatkan wang. 

Walaubagaimanapun, perlakuan sedemikian rupa bakal menjadi kesalahan yang besar untuk anda. Kerana sekali lagi anda mungkin menjual asset anda pada harga yang rendah sebelum pasaran melakukan rebound.

Dalam perspektif yang lain, 80% daripada correction yang berlaku hanyalah penurunan sementara dan bull market masih lagi kuat. Bermaksud anda mungkin terlepas peluang untuk menggandakan keuntungan.

Tiada siapa yang mampu menjangkakan keadaan pasaran secara konsisten


Kebanyakan media menyebarkan dakyah bahawa jika anda bijak dalam pasaran, anda akan tahu jika pasaran akan turun atau naik. Tetapi secara hakikatnya, tiada siapa yang tahu secara tepat untuk meramal keadaan pasaran. Kita hanya bergantung kepada data yang kita kaji sahaja.

Tetapi ramai “expert” ekonomi meramalkan kejatuhan pasaran sejak bertahun lalu.


Anda dapat lihat kesemua ramalan expert atau pakar ini semua salah belaka.

Pasaran sentiasa meningkat, meskipun berlaku beberapa kejatuhan jangka pendek


Kejatuhan harga pasaran adalah sangat kerap dan normal. Sebagai contoh, S&P 500 – index utama yang dirujuk untuk pasaran saham Amerika Syarikat – telah jatuh dalam purata sebanyak 14.2% sekurang-kurangnya satu mata setiap tahun daripada 1980 hingga 2015. Seperti musim sejuk, kejatuhan ini adalah sebahagian daripada fasa pasaran.

Tetapi adakah anda tahu?

Dalam jangka masa ini, walaupun berlaku penurunan jangka pendek, pasaran tetap mendapat pulangan positif sebanyak 27 tahun daripada 36 tahun itu. Hanya 9 tahun sahaja yang mempunyai pulangan negatif.

Maknanya 75% daripada keseluruhan itu adalah keuntungan!

Pasaran secara amnya meningkat dalam jangka masa yang panjang – walaupun ia menghadapi beberapa penurunan sepanjang perjalanan ia. Bermaksud dalam tempoh ini, kita telah mengalami beberapa peperangan dan pelbagai lagi roadblock yang besar, pasaran masih jua meningkat.

Berdasarkan sejarah, Bear Market berlaku untuk setiap 3 hingga 5 tahun

Sejak 1900-2015, dalam 115 tahun, terdapat hanya 34 bear market yang berlaku dan kesemuanya jatuh 20% dan lebih.


Tetapi, bear market juga tidak kekal. Secara purata bear market berlaku selama setahun.

Bear market menjadi Bull market

Berbalik pada market meltdown pada 2008 apabila kebanyakan bank telah jatuh bankrap dan harga saham merudum dengan dahsyat sekali, apabila anda berada dalam keadaan tersebut dan membayangkan keadaan pada masa depan, adakah anda berada dalam keadaan gelap dan bahaya? Atau adakah ianya sebagai permulaan untuk perkara yang baik dan hebat?

The best opportunities come in time of maximum pessimism – John Templeton



Fakta mengatakan, apabila tamatnya bear market, untuk 12 bulan berikutnya adalah sangat kritikal untuk kenaikan pasaran. Jangan terlepas peluang.
 
The stock market is a device for transferring money from impatient to patient. – Warren Buffet

Risiko paling bahaya dalam pasaran ialah keluar daripada pasaran

Sejak 1996 hingga 2015, pulangan purata S&P 500 adalah 8.2% setahun. Jika anda terlepas untuk 10 hari teratas dalam 20 tahun itu, pulangan anda jatuh hanya kepada 4.5% setahun.



Jika anda terlepas 20 hari tertatas, pulangan anda hanya 2.1%. Seterusnya jika anda terlepas untuk 30 hari teratas, pulangan anda adalah kosong. 0%!

You can’t win by sitting on the bench. You have to be in the game. To put it another way, fear isn’t rewarded. Courage is - Tony Robbins

Pengajaran dari eksperimen


Eksperimen dan kajian yang dilakukan oleh Schwab Center untuk Financial Research telah membuka banyak mata.

Katakan anda mempunyai sebanyak $2000 untuk dilaburkan setiap tahun untuk 20 tahun, bermula pada 1993.

Jika anda melabur untuk setiap waktu terbaik (perfect timing), anda akan mempunyai pulangan sebanyak $87,004 pada tahun ke-20.

Jika anda hanya melabur dalam Treasury Bills, keluar daripada pasaran secara keseluruhan, anda akan mempunyai $51,291.


Sekarang, jika anda melabur dalam waktu paling buruk sekalipun untuk setiap tahun, berapa yang anda akan dapat? Anda akan mendapat pulangan sebanyak $72,487! Lebih menguntungkan daripada wang semata-mata dan hampir berjaya sama dengan melabur pada waktu yang terbaik.

Apa yang anda faham?


Jika anda kekal dalam pasaran selama mana yang anda boleh, pelaburan anda akan datang dalam bentuk compound dan anda akan mendapat pulangan yang lumayan. Selamat melabur.


No comments: