HTC Bakal Melancarkan Telefon Pintar Menggunakan Teknologi Blockchain Yang Pertama - Market Demon

Thursday, May 17, 2018

HTC Bakal Melancarkan Telefon Pintar Menggunakan Teknologi Blockchain Yang Pertama


HTC bakal melancarkan "telefon pintar asli pertama", HTC Exodus yang disokong untuk menggunakan blockchain yang berbeza, ini termasuklah dari rangkaian Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH), PCMag melaporkan. Pencipta HTC Vive Phil Chen mengumumkan projek yang akan datang pada persidangan Konsensus di New York City.


Chen menerangkan bahawa telefon ini akan menyokong "pelbagai protokol blockchain," seperti Bitcoin, Ethereum, Lightning Network (LN), dan rangkaian Dfinity. Beliau berkata misi syarikat itu adalah untuk menyokong keseluruhan ekosistem blockchain untuk memperluaskan lagi asas nod khusus mereka."



Peranti mudah alih Android ini dilaporkan mempunyai dompet cryptocurrency yang universal. Chen juga menegaskan bahawa HTC  Exodus akan menyediakan standard perlindungan keselamatan dan data yang tinggi:
"Saya mahu melihat dunia di mana pengguna akhirnya dapat benar-benar memiliki sejarah pelayaran, identiti, aset, dompet, e-mel, pesanan mereka sendiri tanpa memerlukan pihak berkuasa pusat."

Walaupun begitu  Chen masih tidak menentukan lagi anggaran harga HTC Exodus atau tarikh pelancaran. Beliau turut berkata bahawa syarikat itu akan mempertimbangkan cryptocurrency sebagai cara pembayaran melalui telefon yang menggunakan terknologi blockchain yang pertama. 

HTC juga sekarang mendapat persaingan baru. Pada bulan April, pembangun OS mula mengkaji telefon yang berorientasikan blockchain dan pembekal Sirin Labs juga turut akan mengeluarkan telefon pintar dari blokchain mereka sendiri. FIH Mobile, anak syarikat Foxconn Technology, telah bersetuju untuk membantu membangunkan telefon yang terpintar. Foxconn merupakan pengeluar kontrak gergasi elektronik, antara pelanggan mereka termasuklah dari Apple, Google, Cisco, Huawei, dan Amazon.