Kira - kira 20 tahun lalu pada Julai 1997, Malaysia adalah salah satu negara yang
terperangkap dalam krisis mata wang yang melanda seluruh Asia Timur.
Sebelum itu, Malaysia mempunyai ekonomi
yang kukuh pada era tahun 1991 – 1996 dengan purata pertumbuhan KDNK
ekonomi adalah pada 8.5% , kadar inflasi yang rendah sekitar 3.8% dan kadar
pengangguran hanya lingkungan 2.5% pada 1996. Selain dari itu, Kadar kemiskinan
yang rendah, hutang asing yang rendah menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai asas ekonomi
yang kukuh.
Walaubagaimanapun, ekonomi Malaysia tetap merosot kerana Krisis Kewangan Asia ini. Ia bermula dari Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, apabila mata wang Baht mengalami serangan spekulasi matawang yang besar menyebabkan aliran keluar modal secara besar – besaran dari pasaran kewangan
Thailand. Dari 1985 hingga ke 2 Julai 1997 nilai 1 US Dollar bersamaan 25 Baht walaubagaimanapun
jatuh hingga 1 US Dollar bersamaan 56 Baht disebabkan oleh Dana Hedge Amerika
menjual 400 Juta matawang Baht. George Soros dikaitkan dalam memulakan krisis
ini.
Krisis ini merebak hampir ke seluruh Negara di Asia Timur
seperti Singapura, Indonesia, Korea Selatan, Filipina dan lain – lain. Setiap
negara mempunyai kelemahan berbeza beza yang menambahkan lagi kemudaratan
krisis ini di negara masing – masing. Contohnya di Korea Selatan, sektor bank
dibebani pinjaman. Firma – firma pengeluaran barangan bukan dagangan bankrap di
Indonesia, campurtangan bank pusat di Filipina dan pelbagai lagi.
Di Malaysia, nilai ringgit telah jatuh menjunam. Dari RM2.50 satu dolar AS, kepada RM4.16 kepada satu dolar AS (8 Julai 1998). Sebaliknya dolar AS mengukuh sebanyak 66 peratus berbanding ringgit. Kejatuhan dalam mata wang adalah berkait rapat dengan kejatuhan di bursa saham. Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menjunam daripada paras tertinggi 1271 pada 25 Februari 1997 kepada 262.7 mata pada 1 September 1998. Nilai pasaran ini merosot melebihi dua pertiga daripada mata tertinggi tersebut, iaitu daripada RM917 bilion kepada RM181.5 bilion pada tempoh yang sama menyebabkan kerugian melebihi RM700 bilion dalam pasaran sahamnya

Faktor kemerosotan bertambah perit apabila keadaan politik
di beberapa negara tidak stabil. Umum
sedia maklum keadaan politik di Malaysia pada 1997 dan 1998. Selain dari
Malaysia, presiden Indonesia, Suharto atau lebih dikenali Pak Harto meletakkan
jawatan setelah 31 tahun memegang jawatan itu dek kerana krisis ini.
Pada krisis ini,
International Monetary Fund (IMF) telah menawarkan pinjaman kepada negara – negara
yang terlibat dengan krisis. Tetapi syarat yang dikenakan apabila mengambil
pinjaman dari IMF adalah sangat tidak munasabah dan ketat. Korea, Indonesia dan
Thailand terpaksa membuat pinjaman daripada IMF ini sekaligus pinjaman ini
mencengkam pertumbuhan ekonomi mereka.
Malaysia dipimpin
Perdana Menteri Tun Dato Sri Dr Mahathir Mohamad ketika itu menolak pinjaman
IMF walaupun rizab asing berada di tahap kritikal. Malaysia pulih lebih cepat
dan kurang kerugian berbanding negara-negara lain. Langkah yang diambil oleh
Malaysia pada waktu itu kini dilihat sebagai strategi anti-krisis yang berjaya. Malah, negara-negara Asia turut berikrar untuk tidak akan lagi meminjam
daripada IMF lagi.
Langkah - langkah lain menangani Krisis ini di Malaysia adalah menghadkan pinjaman asing, peraturan dan
pengawalan ketat sektor perbankan , Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) –
Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara , menstabilkan ringgit, meningkatkan keyakinan pasaran , menjaga
kestabilan pasaran kewangan, memperkukuhkan asas ekonomi ,Meneruskan agenda
ekuiti ,menghidupkan semula sektor terjejas teruk.
Krisis Kewangan Asia 1997 adalah sesuatu yang sangat kompleks jika ingin dikupas sedalam - dalamnya. Di sini hanya pembacaan pengetahuaan secara umum dan ringkas sahaja. Pembaca digalakkan membuat bacaan yang lebih dari sumber lain jika ingin mengetahui secara lebih mendalam.