Rusuhan Natrah 1950 (Bhgn 2) - Market Demon

Monday, April 16, 2018

Rusuhan Natrah 1950 (Bhgn 2)

Penulisan kali ini, penulis akan menyambung kembali rentetan peristiwa Rusuhan Natrah, 1950 sambungan bagi bahagian minggu lalu (Rusuhan Natrah Bhgnh 1



Perkahwinan Natrah yang mendapat tentangan keluarga 


Pada 28 April, Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co yang mana akhirnya Che Aminah memenangi hak penjagaan. Selepas 4 bulan di bawah jagaan British, akhirnya Natrah dibebaskan pada 28 Julai 1950. Ibu angkatnya Che Aminah memenangi kes rayuannya yang membolehkan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Pada 1 Ogos 1950 kerana bimbang dan takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Mansor Adabi merupakan seorang guru dan pada waktu itu usianya ialah 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan berumur 13 tahun dibenarkan berkahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

Tujuan pernikahan ini adalah dengan andaian untuk menyelamatkan Natrah daripada dibicarakan semula di Singapura. Tetapi perkahwinan ini menjadi kerugian kepada Natrah kerana Undang-Undang Belanda/British tidak membenarkan perempuan di bawah 16 tahun berkahwin. Undang-undang Belanda/British menetapkan remaja di bawah 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan pernikahan itu berlangsung di Singapura yang mengamalkan undang-undang Belanda/British. Akhirnya, pernikahan itu dibatalkan dan Natrah dibawa pulang ke Belanda. Ketika di Belanda, Natrah dimurtadkan, sekaligus mencetus kemarahan warga Singapura dan Tanah Melayu. Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950. 

Pada 12 Ogos 1950, surat khabar Belanda, Elsevier Weekbald , menyiarkan gambar perkahwinan mereka dan ini menjadi antara punca yang menaikkan kemarahan keluarga kandung Natrah serta orang Belanda beragama Kristian di sana. 

Kisah Natrah dan Mansor disiarkan di Belanda. Imej dari buku “Natrah: In The Name of Love”, penulisan Fatini Yaacob.

Dalam Bulletin Brabants Niewwsbald bertarikh 4 Ogos 1950, headline surat khabar itu muncul dengan ayat povokasi tentang kegagalan Sarjan Hertogh (bapa kandung) untuk mendapatkan anaknya yang di-Islamkan oleh orang Melayu di Malaya. Tetapi malangnya cubaan keluarga kandung Natrah sebelum ini mendatangkan banyak kegagalan seperti berikut: 
  • 25 Julai 1950 – “Ia adalah jelas bahawa keluarga Natrah tiada usaha untuk mendapatkan Natrah kembali.” – Balasan surat Queen Elizabeth kepada Encik Hertogh dalam rayuan mendapatkan semula Natrah. Walaupun jawapan yang mengecewakan dari Permaisuri, mereka masih tegas untuk mencapai objektif mereka. 
  • 28 Julai 1950 – “Gadis Belanda berusia 13 tahun, Bertha Hertogh adalah untuk terus tinggal dengan Che Aminah, sesuai dengan penghakiman Mahkamah Rayuan di Singapura. Keputusan ini membatalkan penghakiman awal untuk Bertha dikembalikan kepada ibu bapanya di Belanda. “- Reuters. 
  • Kegagalan Ketua Konsul Belanda di Singapura untuk memujuk Natrah kembali ke Belanda. 

Kegagalan demi kegagalan ini membuatkan rakyat Belanda mengumpul dana untuk melawan dan mendapatkan hak penjagaan semula buat Keluarga Hertogh. 

Penubuhan Dana The Bertha Hertogh Committee (BHC) 


Bertha Hertoh Commitee (BHC) yang ditubuhkan bagi mengembalikan Natrah kepada keluarga kandung di Belanda telah berjaya mendapat sokongan dari Ratu Belanda dan mendapat pertolongan dari kerajaan Belanda dan Menteri Luar Negara mereka. BHC bekerja keras untuk mengumpul dan mendapatkan semua dokumen sokongan dan kenyataan bersumpah daripada ibu bapa kandung Natrah, termasuklah sijil beranak dan sijil pembaptisan Natrah untuk dihantar kepada peguam Duta Besar Belanda di Singapura. 

Pembatalan perkahwinan Natrah dan Mansor juga turut difailkan oleh Adeline dan Sarjan Hertogh. Ini kerana dari sisi undang-undang Belanda, ibu bapa mempunyai hak untuk memohon pembubaran perkahwinan selepas tempoh enam bulan daripada tarikh pendaftaran perkahwinan (Article 146, Netherlands).

Perebutan Hak Penjagaan Natrah & Ibu Bapa Kandung 

TINGGAL KENANGAN. (Dari kiri): Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A Majid.

Pada 20 November 1950, Che Aminah dan Mansor kembali merebut hak penjagaan Natrah dan keluarga kandungnya yang datang dari Belanda. Kira-kira lebih kurang 300 orang berada di mahkamah sehingga kawalan keselamatan di mahkamah menjadi ketat disebabkan ugutan bunuh diterima Adeline (ibu kandungnya). 

Antara hujah Che Aminah untuk kekalkan Natrah di Malaya adalah perkahwinan antara Mansor dan anak angkatnya itu ialah dengan hujah sekiranya mengikut syariah Islam pernikahan itu sah, tetapi sekiranya mengikut undang-undang tempatan Belanda/British, ia tidak sah disebabkan masih bawah umur. Kesilapan Che Aminah waktu ini adalah beliau tidak berunding terlebih dahulu dengan Ibrahim Ahmad, peguam mereka yang lebih faham dan arif mengenai undang-undang. 

Keputusan kes disebut Hakim Brown mengambil masa kira kira 45 minit: 
“Setelah mengambil kira semua aspek untuk membuat pertimbangan daripada bukti yang diperolehi melalui perkahwinan ini, umur kanak-kanak (Natrah), peluangnya mengenali Mansor, dan tarikh perkahwinan berhubung dengan tarikh keputusan Mahkamah Rayuan, saya terpaksa menyimpulkan bahawa perkahwinan ini direka untuk menjejaskan prosiding ini dan tidak adil kepada semua yang terlibat”- Hakim Brown 

Kesimpulan untuk keputusan Hakim Brown ialah: 
  1. Disebabkan Maria Hertogh masih belum berumur 18 tahun, dia masih berada dalam hak penjagaan bapa kandungnya. 
  2. Kewarganegaraan Maria mestilah mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda. 
  3. Perkahwinan antara Mansor dan Natrah tidak sah disebabkan undang-undang Negara Belanda, ikatan perkahwinan hanya sah selepas berumur 16 tahun dan ke atas (perkahwinan mereka terbatal kerana Natrah masih di bawah umur). 
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar kepada isu jagaan. 
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya. 
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.



Sumber diperoleh dari beberapa blog sejarah, wikipedia dan keratan buku Natrah: In The Name of Love.