Kesan Perubahan Iklim Dunia Menunjukkan Dunia Semakin Tenat! - Market Demon

Monday, April 9, 2018

Kesan Perubahan Iklim Dunia Menunjukkan Dunia Semakin Tenat!

Perubahan Iklim

Menurut Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), perubahan iklim merupakan perubahan dari masa ke masa sama ada disebabkan oleh alam semula jadi ataupun kesan daripada aktiviti manusia.

United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) pula mendefinisikan perubahan iklim sebagai perubahan iklim yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap aktiviti manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan kesan kepada perubahan iklim semulajadi yang diperhatikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perubahan iklim merupakan fenomena yang amat dirisaukan oleh penduduk dunia. Hal ini memberi kesan terhadap kitaran hidup manusia sejagat serta kehidupan flora dan fauna. Bahkan bumi sendiri semakin tenat akibat perubahan iklim ini.

Perubahan iklim ini memberi sebuah tanda yang bumi kita tidak stabil. Hal ini dapat dibuktikan dengan eviden dari The National Aeronautics and Space Administration (NASA) yang memang ditugaskan untuk memerhati kawasan beku bumi di kutub utara dan selatan serta kawasan lain. Menurut laporan NASA 2018, NASA dijadualkan melancarkan dua misi satelit baru dan menjalankan penyelidikan lapangan yang akan meningkatkan pandangan tentang kepingan ais, glasier, ais laut, penutup salji dan permafrost bumi. Secara kolektif, kawasan beku ini dikenali sebagai "cryosphere."


Cryosphere

Cryosphere merupakan tempat-tempat di bumi yang sangat sejuk sehingga air adalah ais atau salji yang padat. Para saintis memanggil tempat-tempat beku di Bumi kita sebagai cryosphere. Perkataan cryosphere ini berasal daripada perkataan Yunani untuk sejuk iaitu kryos. Kawasan sejuk di Bumi kita mempengaruhi iklim seluruh dunia termasuklah kawasan di garisan khatulistiwa iaitu Malaysia.

Tambahan pula, cryosphere adalah pusat kehidupan harian rakyat, tumbuhan, dan haiwan yang menjadikannya sebagai rumah mereka. Oleh itu, apabila para saintis bercakap tentang cryosphere, mereka maksudkan tempat di mana air berada dalam bentuk padat, suhu rendah membeku air dan terjadinya ketulan ais.

Namun ini bertentangan dengan apa yang masyarakat fikir tentang cryosphere. Mereka berpendapat cryosphere adalah di bahagian atas dan bawah planet kita, iaitu di kawasan kutub yang dikenali sebagai kawasan sekitar Kutub Utara Artik dan kawasan sekitar Kutub Selatan Antartika. Tetapi salji dan ais juga terdapat di banyak lokasi lain di Bumi seperti negara empat musim.


Agensi angkasa telah melancarkan misi-misi ini pada satu masa ketika dulu bagi pemerhatian dari tanah, udara dan ruang yang telah menunjukkan tanda-tanda perubahan di kawasan cryosphere. Walaupun ia sering berlaku di kawasan terpencil, perubahan berterusan dengan cryosphere mempunyai kesan kepada masyarakat di seluruh dunia. Seperti kenaikan paras laut memberi kesan kepada garis pantai di seluruh dunia, berbilion orang hidup bergantung kepada air berbanding salji, dan ais laut berkurang yang merangkumi lekapan Lautan Artik yang berperanan penting dalam iklim cuaca Bumi.

Musim bunga ini, NASA dan Pusat Penyelidikan Geoscience Jerman dijadualkan melancarkan misi Gravity Recovery dan Climate Compliment Follow-On (GRACE-FO), iaitu satelit berkembar yang akan meneruskan warisan misi GRACE yang asli untuk mengesan turun naik dalam medan graviti Bumi dalam rangka untuk mengesan perubahan jisim, termasuk jisim lembaran ais dan akuifer. The Jet Propulsion Laboratory NASA di Pasadena, California, menguruskan misi untuk Direktorat Misi Sains NASA di Washington.

Pemanasan Global


Pemanasan global merupakan kejadian pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Kesan daripada pengumpulan gas ini membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain.

Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia. Punca pemanasan global ini daripada aktiviti manusia sendiri seperti aktiviti perindustrian serta gaya hidup kita juga menyumbang kepada pemanasan global.


Disebabkan pemanasan global ini, suhu permukaan bumi telah meningkat 2.0 Fahrenheit iaitu 1.1 darjah Celsius sejak akhir abad ke-19. Perubahan ini akibat kenaikkan gas-gas yang terlibat dalam pemanasan global. Kebanyakan pemanasan global berlaku dalam masa 35 tahun dengan 16 daripada 17 tahun paling panas dalam rekod yang berlaku sejak tahun 2001. Menurut rekod NASA, 2016 merupakan tahun paling panas dalam rekod, tetapi lapan daripada 12 bulan yang membentuk tahun ini iaitu dari Januari hingga September kecuali pada bulan Jun adalah bulan paling panas dalam rekod untuk bulan masing-masing.

Suhu Laut Meningkat

Bukan itu sahaja, suhu di laut juga meningkat memberi petunjuk kepada kesan perubahan iklim kerana laut menyerap haba bebas di atmosfera. Untuk pengetahuan umum, laut di bumi telah menyerap sebahagian besar haba yang meningkat iaitu dengan puncak 700 meter, kira-kira 2 300 kaki, dan menunjukkan pemanasan 0.302 darjah Fahrenheit sejak tahun 1969.

Pengecutan Lembaran Ais Laut

Lembaran ais di Greenland dan Antartika telah menurun secara besar-besaran. Data ini didapati daripada NASA's Gravity Recovery and Climate Experiment dengan menunjukkan Greenland telah kehilangan 150 hingga 250 kilometer kubik (36 hingga 60 kubik batu) setahun antara 2002 dan 2006, manakala Antartika kehilangan kira-kira 152 kilometer kubik (36 kubik batu) antara tahun 2002 dan 2005. Ini telah menyebabkan paras air meningkat sebanyak 8 inci sejak kurun lepas dan di anggarkan akan meningkat sebanyak dua kali pada dua abad akan datang jika tiada langkah yang diambil.


Bukan itu sahaja, fenomena banjir atau bencana alam yang berlaku tanpa diduga juga merupakan kesan daripada perubahan iklim dunia.

Oleh itu, banyak usaha yang diambil oleh organisasi dalam negara mahupun luar untuk membantu mengawal perubahan suhu dunia seperti Earth Hour. Malah organisasi besar Persatuan  Bangsa-bangsa Bersatu menubuhkan organisasi seperti United Nations Environment Programme khas bagi menyelesaikan isu ini. Selain itu, Perjanjian Paris juga yang bertujuan bagi penurun suhu bumi juga merupakan usaha bagi membantu mengawal suhu dunia. Antara perjanjian lain ialah, Nagoya Protocol, Cartagena Protocol, Montreal Protocol, Kyoto Protocol dan lain-lain.


"No challenge poses a greater threat to future generations 
than climate change"
-Obama